Salam,
Artikel ini ditujukan khas kepada rakan-rakan yang kini berada dalam kesempitan akibat daripada kerugian pelaburan jangka pendek yang disandarkan kepada pinjaman ar-rahnu terutamanya di bank rakyat. seperti yang kita sedia maklum, bank rakyat telah menghentikan penerimaan emas 999.99 dari public gold. jadi mungkin ada dikalangan diantara kita mempunyai masalah dalam menebus emas yang sudah cukup matang ni. apapun saya ada beberapa kaedah untung menyelamatkan sedikit dari kerugian yang dialami. Sila amati step berikut :-
Emas di ar-rahnu : 600g
Pinjaman+ upah simpan : rm65,408.11
Harga emas semasa : rm12852.00 (buy price)
Jadi dari 600 gram tuh, kita hanya jual hanya 400gram
400g x 12852.00 =51408.00, jadi kita kena tambah rm14000.11 lagi untuk cukupkan rm65,408.11 tuh.
Bagaimana caranya?
Ok. kita ada 200gram lagi, kita gadaikan dekat agro bank.
dengan harga segram RM118.00 segram, jadi kita akan dapat pinjaman 65% sebanyak 15340.00
. Dari jumlah ini ditolak dengan rm14000.11. Dapat la lebihan sebanyak RM1339.00.
Kesimpulan
- Kita dapat lebihan duit sebanyak RM1339.00
- Kita dapat simpan 200gram dan ada peluang untuk jual dengan harga sell sepanjang 6 bulan lagi.
- Kita dapat lebihan duit sebanyak RM6522.00
- Kita dapat simpan 100gram dan berpeluang utk jual dengan harga sell sepanjang 6 bulan lagi.
Apapun ini adalah merupakan salah satu cara untuk kita elak dari keluarkan duit kita untuk tebus atau bayar sebarang kos tambahan utk menebus emas kita di ar-rahnu tu. Bagaimanapun ter pulang kepada buyer la. samada dia mahu tolong kita atau sebaliknya.
Jika perlu keterangan lebih lanjut, sila hubungi saya di talian 019-9829025.