BELI EMAS DENGAN BANTUAN PINJAMAN AR-RAHNU
BAGI YANG KURANG MAMPU


Salam Sejahtera rakan-rakan  semua.
Untuk membeli emas saat ini mungkin agak membenankan kerana harganya sudah naik tinggi. Tapi jika kita makin tunggu harga jatuh. Saya khuatir ringgit di poket kita pulak takde masa tu. Jadi saya sudi berkongsi pengalaman saya dalam urusan beli emas ni. Apa yang saya lakukan adalah :-

Katakan saya ingin membeli 1 Dinar yang berharga RM 598.00.
1. Saya sediakan duit RM 598.00
2. Bila dah dapat emas, saya gadaikan dekat ar-rahnu agro bank. biasanya bank akan guna harga lebih kurang RM118.00 segram. Jadi kita akan dapat pinjaman sebanyak 65% dengan gadaian 1 dinar tersebut sebanyak RM 325.00.

1 Dinar =4.25 gram
RM118.00 x 4.25 = RM 501.50
Pinjaman 65% =RM325.00

3. Ini bermakna anda cuma perlu sediakan modal cuma RM598.00-RM325.00 =RM273.00 Sahaja.
4. Bagaimanapun Pinjaman 65% tu anda boleh bayar ansuran secara bulanan selama 6 hingga 9 bulan dengan bayar upah simpan yang mininum saja ke ar-rahnu tu.
5. Andaikata, anda bayar bulanan selama 6 bulan, maka RM 54.16 sahaja diperlukan.
6. Selepas 6 bulan tu, anda sudah boleh tebus 1 Dinar tu. Katakan dalam 6 bulan tuh harga 1 Dinar sudah meningkat menjadi RM650.00. Tak ke untung tu..harga emas kan naik sokmo. Jika anda boleh boleh amalkan cara begini untuk setiap bulan, saya yakin anda boleh atasi masalah untuk membeli emas yang semakin mahal ni.