Jual Emas Dengan harga Buy Pun masih Dapat Untung!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Apa khabar rakan-rakan emas sekalian. Saya ada berita gembira untuk anda semua. Ini adalah merupakan cetusan ideal yang mungkin berguna untuk anda semua. Sebelum itu, sila kenalpasti status identiti anda. Jika menepati elemen – elemen berikut. Maka anda boleh teruskan pembacaan artikel ini dan boleh amalkan.

Soalan 1 : Adakah anda Penyimpan Emas public Gold-Ya
Soalan 2 : Anda punyai komitmen bulanan -Ya
Soalan 3 : Adakah Anda peniaga kecil-kecilan-Ya

Jika jawapan diatas semua ada pada diri anda, maka anda adalah sama seperti saya. Apa yang saya telah lakukan?
Senarai Semasa Saya

Tarikh 25 Julai 2010
Mengikut bajet kewangan saya, pada tarikh 25 julai 2010, saya anggarkan kewangan saya di bank ada sebanyak RM3000.00 termasuk dengan gaji bulanan. Duit ini saya akan gunakan untuk membeli emas keluaran public gold. Katakan harga 20gram pada 25 julai 2010 adalah RM2772.00. Saya akan dapat komisyen sebanyak 2% dari RM2772.00 iaitu 55.44 yang akan dibank in oleh Public Gold pada 16 Ogos 2010 nanti. Waktu ini saya beli emas dan akan dapatlah emas 20gram.

Tarikh 30 Julai 2010
Waktu ini adalah masa yang sesuai untuk melunaskan semua komitmen bulanan seperti sewa rumah, kereta bil utiliti dan sebagainya lagi. Jadi apa yang saya lakukan adalah dengan  Menjual Emas 20gram dengan harga (we buy)

Waktu ini anda perlu melunaskan komitmen anda. Biasa menjadi amalan saya untuk bayar komitmen pada hari terakhir setiap bulan. Apa yang saya lakukan adalah jual balik emas tersebut. Katakan harga buy masa itu adalah RM 2606.00. Nampak macam rugi ajer tuh..iaitu rugi sebanyak RM2772.00-RM2606.00+27.72=RM138.28. Agak besar jugak tuh.sebab nya kita jual dengan harga buy. Kalau dapat jual dengan harga sell, memang tak rugila.

Apa yang saya buat adalah, andaikan anda membayar komitmen sebanyak RM1000.00, Anda masih lagi punyai baki lagi untuk keperluan lain sebanyak RM2606.00-1000.00 =RM1606.00.
Apa yang perlu anda lakukan adalah terus beli emas 20gram pulak dengan harga semasa. Katakan masa itu harganya masih lagi RM2772.00. Dan buat bayaran secara ansuran selama 4 bulan. Komisyen 1% tetap akan dapat terus pada anda Cuma emas sahaja akan dapat semasa 4 keempat nanti. Jadi sebulan Cuma RM693.00. Anda masih lagi punyai baki RM1606.00-RM693.00=RM913.00

*30 Julai 2010 : bayar RM 693
*30 Ogos 2010 : bayar RM693
*30 September 2010 : bayar RM693.00
*30 Oktober 2010 : bayar RM 693.00 dan dapatkan emas 20 gram!

Bulan pertama tu/30 Julai 2010, memang tidak ada masalah untuk buat bayaran, bulan kedua,ketiga dan keempat tu mungkin anda rasa khuatir duit tak ada nak bayarkan. Mungkin anda lupa yang anda mempunyai injection modal (gaji-jika kerja swasta /kerajaan yang tetap) dan jika anda peniaga, keuntungan nya diperolehi sila gunakan untuk bayar komitmen ini.

Saya yakin dengan perbelanjaan seharian serta komitmen dilakukan dengan disandarkan kepada emas, Insyallah anda akan mampu berjimat dari semasa ke semasa. Jika ingin fakta yang lebih meyakinkan , sila hubungi adie 0199829025 untuk kita sama-sama berbincang. Form Excell akan disediakan bagi simulasi diatas yang dapat merancang untung maksimum/ rugi minimum