cbox-emas
http://cboxemas.blogspot.com
DAFTAR KLIK SINI
Assalamualaikum dan selamat berpuasa. Kali ini usahawanemas.net cuba mencari jalan baru kearah merancakkan proses jual beli yang telus dikalangan pelanggan emas dan perak di Malaysia. Berdasarkan kajian dan pemantauan yang telah dilakukan, saya mendapat idea dimana salah satu tool yang digunakan dalam blog atau laman web atau penggunaan ruangan sembang yang dinamakan sebagai cbox.  Melalui cbox ini para pelayar web atau blog bolehlah menjalankan segala bentuk urus niaga, promote produk baru dan sebagainya lagi. Cuma masalahnya adalah bagi pelayar yang mempunyai masalah dalam melayari banyak website /blog sudah pasti akan membataskan proses jual beli emas.

Bertitik tolak dari masalah ini, salah satu pendekatan yang dibuat oleh usahawan.net adalah dengan mengumpulkan semua cbox bloger emas dan perak dimalaysia ini khususnya. Oleh hal yang demikian, para pelanggan boleh masukkan maklumat mereka terus kerana cbox telah dikumpulkan di laman http://www.usahawanemas.net/.

Antara Kebaikan Pemusatan cbox Emas ini adalah seperti berikut :-
  1. Dapat meluaskan rangkaian kepada semua bloger yang menyertai Projek Pemusatan cBox Emas ini.
  2. Mesej yang disampaikan oleh pelanggan secara automatik dipaparkan diruangan cbox di laman web/blog masing masing.
  3. Mengaktifkan cbox masing-masing.
  4. Memberi peluang yang luas dan telus dalam transaksi jual beli emas.


  5. Proses promosi emas, perak akan berkembang dengan pesat dan Pendaftaran adalah  INI ADALAH PERCUMA disediakan oleh usahawanemas.net

Oleh itu, kepada blogger emas dan perak khususnya sila KLIK SINI untuk daftarkan cbox anda. Insyallah usahawanemas.net akan memasukkan cbox anda mengikut negeri masing-masing. Insyallah kita sama-sama wujudkan satu suasana perniagaan yang telus dan cekap. sama -sama lah kita hebohkan pemusatan Cbox ini, supaya anda sebagai pemilik emas biasa (bukan dealer) pun berhak untuk menentukan harga emas yang ingin dijual, bukan hanya terbatas kepada dengan harga We Buy semata-mata.

TIP dan Panduan Interaktif
1. Bagaimana Nak ke laman pemusatan Cbox Emas.
2. Bagaimana nak dapatkan kod cbox anda.