WUJUDKAN PELUANG YANG LEBIH MENGUNTUNGKAN DENGAN MENYERTAI PUBLIC GOLD SDN. BHD
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Ini adalah entry yang pertama saya dalam bulan puasa ini. Pertama sekali saya ingin mengajak rakan -rakan diluar sana untuk sama-sama berfikir dan merenung serta mengamalkan dalam kehidupan seharian. Insyallah mudah-mudahan manfaatnya akan dirasai. Apa yang diceritakan adalah berdasarkan kepada pengalaman yang saya lalui sendiri.
Seminar tentang 'Peluang Berniaga Emas Bersama Public Gold' seringkali kali kita dengar dan baca di dada-dada akbar dan juga internet dimana seminar PERCUMA ini akan diadakan setiap bulan di seluruh Malaysia. Kepada mereka yang telah menyertainya saya ucapkan syabas dan tahniah kerana anda telah pun memberi PELUANG kepada diri sendiri untuk menuntut ilmu tentang cara-cara menjaga harta anda dan memperolehi keuntungan jangka/luar jangka disamping melindungi nilai ringgit atau harta anda dimamah inflasi.
Bagaimanapun posting saya kali ini adalah berkisar dengan istilah PELUANG ini. Insyallah saya akan cuba perincikan istilah PELUANG ini dalam kehidupan seharian saya dan mungkin boleh dijadikan sebagai panduan kepada mereka yang lain terutamanya kepada golongan yang berniaga.
Setelah berkecimpung dengan dunia emas bersama Public Gold, saya rasakan peluang saya untuk berniaga semakin cerah.
Peluang 1 : Menikmati Komisyen 2% daripada Public Gold sebagai Master Dealer.
Apa yang saya amalkan adalah, saya akan gunakan sebahagian besar duit serta simpanan saya untuk ditukar kepada bentuk emas keluaran syarikat Public Gold. Ini bermakna duit saya sebahagian besarnya akan diguna untuk beli emas termasuk modal perniagaan, cash flow, simpanan dan keuntungan hasil perniagaan. Apabila ada permintaan untuk pelanggan membeli emas dari saya, saya akan jual dengan harga semasa (PG SELL) kepada pelanggan dan duit tersebut saya akan belikan stok yang baru dari PG dengan harga yang sama.
Peluang 2 : Menikmati komisyen 0.5% setelah jual emas kepada Public Gold.
Peluang ini wujud apabila saya menjadi Dealer Sah Public Gold. Walaupun saya jual kepada public gold, emas tersebut dalam kuantiti berat yang sama masih ada dalam simpanan saya. Bagaimana caranya? Apabila ada pelanggan yang ingin menjual emas PG kepada saya, saya akan rujuk kepada harga semasa (PG BUY), oleh kerana saya tiada duit tetapi hanya ada emas. Saya akan jual stok saya tersebut dahulu kepada Public Gold dengan harga semasa tersebut. Duit yang saya dapat tu, saya gunakan untuk membeli emas dari pelanggan yang ingin menjualnya.
Peluang 3 : Menikmati keuntungan runcit sekitar 8.3% hasil jual beli emas Public Gold.
Apabila saya bergelar Dealer sah public gold, secara automatik Public Gold akan mempromosikan saya di laman sesarang rasminya dan nama saya ditempatkan di senarai dealer terengganu. Sila rujuk laman http://www.publicgold.com.my/content/view/1421/162/lang,english/ untuk senarai dealer sah Public Gold Terengganu. Apabila saya beli emas dari pelanggan dengan harga semasa buy, dan saya berpeluang untuk menjual emas tersebut dengan harga semasa sell. Contohnya untuk item 20gram spead harga sekitar 6.3%, lantaran itu keuntungan runcit atas 20gram lebih kurang RM200.00.
Peluang ke-4 ini adalah kemuncak peluang yang saya nikmati.Amat berbaloi dan berkesan kepada diri saya dan keluarga. Saya perlu juga berniaga selain daripada menjual beli emas. Ini kerana saya tidak mampu untuk membeli dan menjual emas setiap hari. Lantaran masa yang terluang, saya akan cuba untuk pelbagaikan perniagaan saya, antaranya adalah Perniagan Biskut Raya dan Kerepek. Boleh rujuk laman ini (Klik SINI). Anda boleh rujuk disini apa perkhidmatan yang saya lakukan.Lantran itu, sempena bulan puasa ini, sebagaimana kita sedia maklum masyarakat islam akan membeli biskut dan kerepek raya. memang budaya ini sejak dari dulu sampai kini. Oleh itu saya mengambil kesempatan untuk menjana keuntungan jangka pendek dengan menjual biskut raya dan kerepek dengan menetapkan risiko yang paling minima. Apa yang telah saya lakukan adalah dengan mengambil tempahan biskut raya dari agen atau orang kampung yang telah dilantik.Alhamdullillah lebih kurang 40 orang agen yang sudi membantu.
Untuk melancarkan perniagaan ini, suntikan dana lebih kurang RM26 ribu telah sediakan. Semua ini dilakukan dengan bersandar kepada EMAS!!! Bagaimana caranya? Untuk meningkatkan keuntungan perniagaan bermusim ini, saya telah gadai / simpan emas PG yang telah saya beli dari pelanggan dengan harga semasa (PG BUY). Lantaran itu, pinjaman berjadual selama 6 bulan diberikan oleh PG Safe Sdn. Bhd iaitu sebanyak 65% dari nilai semasa emas.Pinjaman ini dikenakan fee sebanyak 0.8%. Dikira masih rendah kerana modal tersebut hanya diperlukan hanya sebulan sahaja. Setelah selesai jualan ini, pinjaman tersebut akan dibayar semula dan keuntungan dapat dinikmati bersama emas ada dalam simpanan dengan selamat! Untuk lebih lanjut, insyallah saya akan diperhalusi perniagaan ini dalam bentuk buku untuk dijadikan satu portfolio perniagaan dan sebagai rujukan di tahun akan datang dan sebagai proposal untuk mendapatkan pinjaman perniagaan daripada istitusi kewangan. Insyallah, doakan kami berjaya.
Peluang 4 : Menikmati keuntungan perniagaan lain selain emas. Bagaimana Caranya?
Contoh Kes Perniagaan yang dijalankan.Peluang ke-4 ini adalah kemuncak peluang yang saya nikmati.Amat berbaloi dan berkesan kepada diri saya dan keluarga. Saya perlu juga berniaga selain daripada menjual beli emas. Ini kerana saya tidak mampu untuk membeli dan menjual emas setiap hari. Lantaran masa yang terluang, saya akan cuba untuk pelbagaikan perniagaan saya, antaranya adalah Perniagan Biskut Raya dan Kerepek. Boleh rujuk laman ini (Klik SINI). Anda boleh rujuk disini apa perkhidmatan yang saya lakukan.Lantran itu, sempena bulan puasa ini, sebagaimana kita sedia maklum masyarakat islam akan membeli biskut dan kerepek raya. memang budaya ini sejak dari dulu sampai kini. Oleh itu saya mengambil kesempatan untuk menjana keuntungan jangka pendek dengan menjual biskut raya dan kerepek dengan menetapkan risiko yang paling minima. Apa yang telah saya lakukan adalah dengan mengambil tempahan biskut raya dari agen atau orang kampung yang telah dilantik.Alhamdullillah lebih kurang 40 orang agen yang sudi membantu.
Untuk melancarkan perniagaan ini, suntikan dana lebih kurang RM26 ribu telah sediakan. Semua ini dilakukan dengan bersandar kepada EMAS!!! Bagaimana caranya? Untuk meningkatkan keuntungan perniagaan bermusim ini, saya telah gadai / simpan emas PG yang telah saya beli dari pelanggan dengan harga semasa (PG BUY). Lantaran itu, pinjaman berjadual selama 6 bulan diberikan oleh PG Safe Sdn. Bhd iaitu sebanyak 65% dari nilai semasa emas.Pinjaman ini dikenakan fee sebanyak 0.8%. Dikira masih rendah kerana modal tersebut hanya diperlukan hanya sebulan sahaja. Setelah selesai jualan ini, pinjaman tersebut akan dibayar semula dan keuntungan dapat dinikmati bersama emas ada dalam simpanan dengan selamat! Untuk lebih lanjut, insyallah saya akan diperhalusi perniagaan ini dalam bentuk buku untuk dijadikan satu portfolio perniagaan dan sebagai rujukan di tahun akan datang dan sebagai proposal untuk mendapatkan pinjaman perniagaan daripada istitusi kewangan. Insyallah, doakan kami berjaya.