Terbaca posting tuan haji, saya terpanggil untuk menjawab persoalan tersebut berdasarkan pengalaman dan pengajaran yang saya pelajari selama berkecimpung dalam dunia emas. Apapun sebenarnya kaedah yang tuan haji buat ini juga dikenali sebagai teknik 30.70 dan boleh dikatakan menjadi isu jugak la dikalangan peniaga emas ni. Sedikit keterangan tentang teknik 30.70 adalah 30% adalah simpanan kita/duit kita/emas kita manakala 70% adalah milik ar-Rahnu.
Persoalan 1: 50g + 30G emas2 itu bukan kita punya, dah jadi milik ar-rahnu.
Jawapan saya : Sebenarnya emas tersebut masih lagi kepunyaan penggadai tersebut. Ini dibuktikan melalui fakta berikut :-
contoh
Harga Emas Semasa : RM150 segram
Emas Emas Semasa ar-Rahnu : RM160.00 Segram
Jumlah Gram : 50 gram
Marhum 50g x RM160.00 =RM8000.00
Pinjaman 65%=R<5200.00
Upah Simpan 6 bulan =RM336.00
Ini bermakna tuan haji kena bayar ansuran tanpa faedah sebanyak RM922.70 sebulan atau dibulan terakhir sebanyak RM5536.00
Selepas itu, tuan haji akan dapat balik emas 50g tersebut dan ia menjadi hak mutlak tuan haji.Selagi ia berada di ar-rahnu, memang emas tersebut diangggap tidak sempurna milik.
Bila sudah berada di tangan tuan haji, maka suka saya untuk menjawab soalan ke2 iaitu:-
Soalan ke2 : Kita kena bayar upah simpan.
Jawapan : Ya, kita kena bayar upah simpan tersebut. Upah simpan dengan kadar RM0.70 atas setiap nilai RM100 emas tuan bagi saya adalah masih rendah dan kompetitif jika dibandingkan dengan kadar kenaikan emas selama 6 bulan.
Marhum : RM8000.00
Upah Simpan : 0.7/100 x RM8000.00 = RM56.00 sebulan
6bulan : 6 x RM56.00 =RM336.00
Jadi, sampai sini tuan sebenarnya perlu bayar sebanyak RM336+RM5200=RM5536.00
Soalan 3. Kita tiada duit nak tebus emas2 tu.
Jawapan 3 : Tiada duit nak tebus , tiada masalah, sila hubungi dealer2 PG berhampiran tuan haji dan bagitau sahaja emas tuan haji nak dijual dengan harga semasa (PG BUY). Insyallah ramai yang ofer untuk membelinya. Kalau tuan berada di Kuala Terengganu, Insyallah boleh juga hubungi saya Adie (admin http://www.usahawanemas.com.my) boleh membantu mengatasi masalah ketiga ini. Tetapi persoalannya, adakah sudah untung tuan jual waktu tersebut?ha...tu kena kira betul2...kalau dok, rugi ajer teknik yang dibuat tu.
Soalan 4 : On paper emas tu memang kita punya,tapi hakikatnya milik ar-rahnu
Jawapan saya : On paper emas tu memang hak saya, dan bila tebus dengan duit sendiri akan jadi hak mutlak saya. tetapi sekiranya saya tiada kemampuan untuk tebus, maka saya perlu menjualnya terlebih dahulu, WALAUPUN saya kehilangan emas tersebut, namun saya tetap UNTUNG kerana kenaikan harga emas dalam masa 6 bulan pun boleh cover upah simpan dah.Insyallah..
Kesimpulan
Berdasar pengalaman dan pemerhatian saya, teknik ini tidak sesuai diaplikasikan kepada mereka yang masih baru dalam dunia pelaburan emas.Sebab banyak lagi ilmu perlu dipelajari sebelum tindakan untuk teknik ini dilakukan.
-Juga tidak sesuai digunakan bagi emas yang dibeli dalam tempoh kurang setahun.
-TETAPI, Jika anda seorang peniaga dan anda gunakan emas sebagai sandaran untuk modal perniagaan anda. Insyallah anda akan boleh untung berlipat ganda.Insyallah modul 'Emas dan Ar-Rahnu' akan dibincangkan dengan panjang lebar di http://www.usahawanemas.com.my. Apabila siap nanti, anda akan berpeluang untuk mempelajarinya secara PERCUMA