BAGAIMANA MELABUR DENGAN EMAS FIZIKAL
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dalam ruangan kali ini, saya ingin berkongsi serba sedikit dengan anda Bagaimana Untuk Melabur atau Menyimpan Emas (Fizikal). Boleh dikatakan masih ramai diluar sana telah pun mendapat liputi hebat tentang perkembangan pelaburan emas sejak akhir-akhir ini, namun boleh diibaratkan macam 'masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri'. Ini mungkin berlaku kerana beberapa faktor antaranya seperti tidak mengetahui secara terperinci tentang selok belok pelaburan emas dan yang paling tinggi respon yang telah saya perolehi adalah ramai diantara mereka menyatakan bahawa 'TIADA MODAL' untuk melabur dengan emas sedangkan mereka ada mempunyai wang simpanan didalam bank.
Dikesempatan ini, suka saya katakan bahawa untuk melabur dengan emas anda tidak perlu bersusah payah mencari modal sekiranya tiada modal. HANYA gunakan duit simpanan tersebut untuk gantikan dengan emas fizikal. Seandainya simpanan anda hanya berjumlah RM100.00, maka gunakan duit tersebut untuk membeli emas. Itu aje. Persoalannya kedua yang mungkin timbul dalam kepala anda ialah, 'ada ke emas bernilai RM100.00 sekarang ini? Untuk menjawap soalan ini tidak susah, anda cuma bawa wang fiat tersebut dan terus ke kedai emas. Sampai di kedai emas, buat muka tebal sikit, cuba tanya, "saya ingin beli emas bernilai rm100.00, ada atau tiada." Insyallah..toukeh emas itu akan senyum... dan mungkin ada rezeki anda pada hari itu.
Bagaimanapun, itu adalah secara asas saya pandu diri saya untuk menyimpan emas. Berbalik kepada persoalan melabur dan menyimpan emas fizikal ini, sebelum anda melabur pastikan anda mengenalpasti matlamat anda kenapa anda perlu menyimpan emas. Ini adalah penting kerana ia memberi kesan terhadap pemilihan item emas yang ingin dibeli dan seterusnya disimpan. Sebagai contoh, sekiranya anda teringin untuk melabur dengan emas fizikal dan pada masa yang sama simpanan tersebut mungkin akan digunakan dalam tempuh terdekat, maka belilah emas dalam item yang lebih kecil seperti 1 dinar, 10gram atau 20gram sahaja. Ini sangat penting dimana waktu anda inginkan wang fiat, anda hanya perlu jual emas mengikut keperluan sahaja. Tambah menguntungkan sekiranya anda berpeluang untuk membelinya dengan harga semasa (PG BUY). Untuk mewujudkan peluang ini sentiasa ada pada diri anda, mudah aje, jadikan Dealer Sah Public Fine Gold Sdn. Bhd.
Berdasarkan pengalaman sendiri , beberapa elemen yang diamalkan adalah seperti berikut :-
1. Tingkatkan ilmu pengetahuan tentang Pelaburan Emas Fizikal.WAJIB
2. Praktikkan apa yang dipelajari.
3. Kongsikan pengalaman dalam internet untuk rujukan peribadi dan rakan-rakan.
4. Bina laman web/blog untuk mempromosikan kepada masyarakat Malaysia khasnya supaya membudayakan amalan menyimpan emas. Emm..Adakah anda ingin memiliki blog seperti ini ? Cuma Klik disini.
Berdasarkan pengalaman sendiri , beberapa elemen yang diamalkan adalah seperti berikut :-
1. Tingkatkan ilmu pengetahuan tentang Pelaburan Emas Fizikal.WAJIB
2. Praktikkan apa yang dipelajari.
3. Kongsikan pengalaman dalam internet untuk rujukan peribadi dan rakan-rakan.
4. Bina laman web/blog untuk mempromosikan kepada masyarakat Malaysia khasnya supaya membudayakan amalan menyimpan emas. Emm..Adakah anda ingin memiliki blog seperti ini ? Cuma Klik disini.