PENGEDAR-PENGEDAR PUBLIC GOLD
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar anda semua. Saya harap dana doakan agar kita sentiasa sihat, kaya, bahagia dan berjaya hendaknya. Disini saya ingin mendapatkan kerjasama daripada anda semua terutamanya dikalangan pengedar-pengedar Public Gold agar dapat sama-sama kita membantu masyarakat sekeliling kita agar menyimpan emas dengan mudah dan selamat. Sebelum itu, syabas diucapkan kepada PG serta team dealer yang bertungkus lumus memberi seminar pelaburan emas secara berterusan setiap bulan diseluruh negeri. Usaha murni ini secara tidak langsung akan memberi peluang kepada masyarakat supaya menyimpan emas. Bagaimanapun, promosi yang hebat dijalankan oleh PG serta dealer PG, menyebabkan berlakunya permintaan yang tinggi, ini menyebabkan stok yang dibeli terus daripada PG tertangguh sehingga seminggu atau lebih. Keadaan ini mungkin akan meresahkan pelanggan baru.
Sebenarnya, mengikut strategi perniagaan yang digariskan oleh Public Gold, sebenarnya pelanggan atau pengedar boleh mendapatkan stok untuk pelanggan mereka melalui pengedar-pengedar yang berada di sekitar anda. Apabila amalan ini dipraktikkan, secara tidak langsung dealer dapat membekalkan stok secara cash&carry kepada pelanggan mereka.
Oleh yang demikian, kami di usahawanemas.net mengambil inisiatif untuk mengumpulkan semua pengedar di di Malaysia, tidak kira anda berada dalam rangkaian mana-mana sekali pun. Apa yang penting, stok dapat disediakan kepada pelanggan secepat mungkin. Sekiranya anda bersetuju, jangan segan dan silu untuk memberikan maklumat anda sebagai dealer iaitu nama penuh, telefon serta lokasi anda, SMS kan kepada Adie-Usahawanemas 019.982.9025. Insyallah saya akan kemaskini di blog http://www.dealerpg.blogspot.com.
Objektif Utama
- Membolehkan stok dijual dan dibeli dengan segera kepada pelanggan baru dan lama.
- Memberi peluang kepada pelanggan menikmati keuntungan maksimum dengan mengambil kira faktor masa, tempat dan harga.
- Melatih pengedar-pengedar baru berniaga emas Public Gold.
